Thursday, July 30, 2009

Monday, July 27, 2009

:: Entry yang Hilang ::

Aku rasa minah yang aku kenal sorang ni dah kenal aku sejak zaman Jurassic dulu.3
BF/SKENDEL/KEKASEH GELAP aku yang mana dia tak tau.
Rasanya kalau aku bagi kebenaran kat dia tulis pasal perjalanan hidup aku dia takkan missed sikit pun.
Dia dok risau pasal aku ngan bf aku.
Aku pulak risau pasal dia dan jugak lelaki subur dia tuh.
Hmm....apa tandanya?


Entahla..
sebenarnya aku nak komplen pasal dia.
Aku tergodek godek blog dia tadi mencari sesuatu..
ENTRY yg HILANG!
Mana entry tu..??
Entry yang menarek menceritakan tentang sebijik budak yang agak poyo dan penuh takkabur ayatnya!
Selak entry demi entry..tak de pulak..
teringin sangat nak baca tentang banglo..kereta..kapal terbang..rumah sewa...boyfren..bla bla bla...
tapi malangnya entry tu dah tak de!

Aku protes!!! Aku protes!!
Aku nak baca balik benda tu!!

Mana?!!
Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!!!!

:: Kuss Semangat ::

Nasib baik dia orang tua yang pendek..hitam...gemok dan banyak barang kemas..
kalau tak aku dah lempang dah!!!
Aku marah pada orang tua yang cakap pasal adab tapi dia tak tau adab..
tak pe tak pe...aku takkan amek tau pasal keluarga ko lagi sebab aku dah benci seluruh keturunan ko secara rasminya!
TRIMAS!

Friday, July 24, 2009

:: Makhluk Bertenggek ::


muka rasa tak berdarah.
Sejuk tiba tiba.
Menggigil sikit.
Kelam kabut dail number Zuria...
itulah yang berlaku lebih kurang 30minit yang lepas..
aku ternampak seekor makhluk.
Tinggi...kurus..putih....
Makhluk ini amat menakootkan..sampaikan reaksi aku macam tu sekali!
Aku yang awalnya ingin membeli mangga potong di kedai Mita.
Kaget kerana ternampak makhluk ini sedang bertenggek ditepi palnter box berdekatan dengan kedai buah tadi.
Cepat cepat aku berpaling dan beberapa saat kemudian aku tersedar aku berada di lobi ospis aku.
Apakah yang dimahukan oleh makhluk itu?
Adakah makhluk itu mahu menyerang aku?
Adakah makhluk itu mempunyai niat lain?

Aku telefon Kak Ima pula seterusnya selepas mengSMS kepada sesiapa yang patut.
Kak Ima suruh aku tunggu.
Seperti seorang superHERO kak Ima turun ke lobi berjumpa dengan aku.
Kak Ima cakap 'Mana benda alah tu?' dengan muka garang Kak Ima membuat survey di kawasan berPUAKA tadi.
Tak lama lepas tu Kak Ima muncul.
Geleng kepala.
Katanya 'Kita kene siasat kejadian ni'
Aku meninjau ninjau kawasan kejadian.
Makhluk itu maseh bertenggek di situ.....

Monday, July 20, 2009

:: Blue Monday ::

Pagi ini bila terjaga dari tidur rama rama dah tak ada lagi.
Tapi berganti dengan suasana yang mendung dan gelap.
Aku pandang keluar tingkap - macam nak hujan.
Jerebu barangkali. Hmm...garu kepala yang tak gatal. Terus mengadap laptop.
Macam ada yang tak kena. Sebab hari Isnin ke?
Tak mungkin. Ada benda yang nak jadi? Entah.
Rama rama dah pergi dah tak ada lagi.

Kenapa orang suka cakap 'BLUE MONDAY' adakah kerana majority ramai yang suka tengok HENTAI pada malam ahad?
Atau derang memang suka kaler biru?!
Eh....aku pakai baju kaler biru la hari ni.

A very BLUE Monday indeed!!! - Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Lagu pertama yang aku derang sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta hari ini dan tuning to muh fav radio station - FLY FM...
"Be with you".

Dan rama rama memang confirm dah tak ada lagi.
Macam biasa memandu ke tempat kerja mengikut jalan yang luar biasa.
Perlukah aku mengeluarkan kata kata kesat di pagi Isnin?!
Memang perlu. Bila jalan sesak gila di Mahameru menuju ke Semantan dek kerana sebuah 'KERETA MEWAH' yang kemungkinan besar
tuannya LAMBAT BANGUN PAGI dan telah menyusahkan orang ramai yang mahu ke tempat KIJE!

Aku rasa macam nak lempang je jejaka jejaka berbaju putih berseluar hitam (tak tau kenapa derang tak pakai kaler biru) yang
dengan bongkak dan takkaburnya. Menerajang beberapa bijik VIVA dan sebijik LANCER di depan mata aku kerana sebuk nak bagi kat laluan
kepada ORANG YANG BANGUN LAMBAT tadi!

Aku tengok keadaan ke SEMANTAN cam gampang. Maka aku telah mengambil jalan lain iaitu TTDI UTARA mengikut terowong korner sedap
di PENCHALA LINK - RM2 tol...
elak RM1 elak RM1.60 kena RM2!!!! Yikes~!!!!!!!
Monday madness terus menghantui aku di mana RAMA RAMA yang aku bela dalam perut aku entah terbang ke mana.

Tepat 0815..eh takk sebab 0815 aku dalam terowong.
08.18 aku dail number orang tu - ye la dah janji nak kejut pai mati....oppppss!
Dua kali call dua kali masuk voice mail. Malas nak kacau la..mesti tak nak di ganggu.
Aku akhirnya menghantar satu SMS gangguan. Semoga dia bangun..mandi..bersiap untuk menghadapi ISNIN yang mungkin GAMPANG ini!

Dan semoga hari ini dia HAPPY!
Mana rama rama aku pergi?!

p palang s: Rasa macam dah tak boleh nak berfikir....nak pegi isap rokok banyak banyak hari ni....!

Thursday, July 2, 2009

:: Cinta gila ::

Tiba tiba aku teringatkan dia o_0 dan ini merupakan satu MASALAH!!!!
Aku tak boleh ingat kat dia!!
Ni semua gara gara lagu MENJAGA HATI yang aku terdengar kat kereta sebelah aku masa jalan jem kat Sungai Buloh!!!!!!

Whyy!??!!! Whhyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy?!!!!!!

July 2008 .....
Rasa macam nak DELETE je bulan tu dari dalam calender.... v_v mengapakah?? mengapakah???

July 2009 ...
aku menanti seseorang.....ada tempoh lagi lebih kurang dua minggu...what will happen next???? GULP!!!!!


Atau aku memang sukakan cinta yang gila cenggini?!!!!!

I guess buat masa ni....dia aje leh selamatkan aku dari past time aku yang datang tiba tiba nih..where are you yayunk?!!!!! Huuuuuuuuuuuuuuuuuu v_v




Top Post