Monday, January 31, 2011

:: What’s Your Colour Contest ::


This is THEIR first time anjurkan contest :) ‘THEIR’ means Amy and Mira. Ok, jom jenguk syarat nak join contest ni !

·                     Mesti ade blog tau ! - OH YESSS
·                     Follow blog AMY and MIRA untuk korang update progress to this contest - DONE
·                     Buat entry ringkas with title What’s Your Colour Contest - DONE

·                     Letak banner yang colourful tu kat entry and sidebar korang. Jangan lupe link kan terus ke contest ni ! - DONE



·                     Hantar satu gambar yang paling menarik that related to/with your favourite colour.  - -DONE!! (hope korang suke la ek….hehehehe)  cos PINK is My FAV color because it's so cute and calming and make me happy!!!!! (guess this is the best and the correct picture to post (Gambar ai bersama kereta kesayangan ai + my PINK kebaya)… sebab banyak sangat..kalo post semua kang leh jadik keracunan warna lak) - as u olls can see my blog is pink in color...kalo tgk kat sidebar pon penuh ngan benda2 yang kaler pink..so jangan muntah ye...hik3

                                         

·                     Lastly, tag 3 blogger laen and make sure they know about it. 
Ok....tawan tawen...ai tag uolls ye....hik3

1- Marea : 
http://marealisme.blogspot.com/

Hadiah : MISTERI (mengikut warne pemenang)

Closing date: 31 January 2011

:: K-kompak Isu 73 ::








Kawan kawan!!
dapatkannya dipasaran!!!!!



:: Nak Sain ::

tengah syok3 aku buat kije..tetibe aku dapat SMS yg berbunyi cenggini :



aku balas : sain pejadahnya niih? ai ni pegawai kerajaan kelas A ke? penghulu ke?


Lepas tu dia balas nih


aku balas : ai pemes celah mana lak nih???

Lepas tu dia balas nih


aku balas : malu? ai ada masuk MELODI ke smalam???

Lepas tu dia balas nih




ooooooooooooooooooooo rupa2nya...adeyh la derang nih..........




masalahnya yg send SMS tu number aku tak kenal....hurmmmmmmmm


:: Kasut oooohhhh Kasut ::

aku maseh dalam keadaan peneng memikirkan KASUT yg aku nak pakai time nikah dan resepsi aku nanti..aku nak dua-dua eh TIGA majlis aku tu semua kasut aku sendiri..sebab AKU NAK PASTIKAN AKU SELESA!
aku tak leh pakai kasut tertutup sebab nanti kaki aku sakit akibat aku ni spesis KAKI LEBAR......

Lawa kasut grey ni sesway untuk resepsi aku..tapi mcm sakit je kalo aku pakai....huuuuuuuuuuu


Ni pon naisss leh pakai masa NIKAH








yg ni soooooooooooooooooooooooooooo sexy!!!


PINK...!!! sudah semestinya menjadi Pojaan HATIKuuuuuu~


semua cantik ...aku nak beli semua!!! hahahahahhahahahaha

dan sekali lagi aku PENENG!


ohhh ENVY giler tgk kasut nih (actually tuannyer...hehehehe)



Sunday, January 30, 2011

44 Pantang Larang Bakal Pengantin



Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

***yang mana satu ai ikoot??? TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT**

:: Tahniah! Anda Layak Berkahwin! ::



ini adalah gambar cadangan kasut baru KureSya...hurmmm




Tahniah kepada Incik Pinky ai yang telah berjaya mendapatkan Sijil ini...bak kata abam Nazri...sijil pertama nak dirikan tiang





KureSya ada BF???? 



Nasik goreng Ayam percik ciptaan ai...muahahaha SEDAP seyy!!!

Saturday, January 29, 2011

:: Persiapan Perkahwinan Si Hello Kitty ::


Tinggal lagi 3 Bulan je beb dia nak TERIMA NIKAHNYA!!!!
aku berdoa agar dipermudahkanlah urusan aku dan Incik Pinky aku.....semoga jalan rezeki kami terbuka luas..semoga semua berjalan lancar....dan moga Allah lindungi kami dari benda3 yg tak baik dan merosakkan..Amin.

So antara persiapan yang aku adh buat???

1) aku dah pegi tempah baju nikah aku.....






2) Aku dah pegi menDEPOSITkan sejumlah wang kat butik pengantin yang aku nak (Kak Mimi)...sebab tak de rejeki aku kali ni berMAKE UP kan hasil tangan KAK AWIN Seindah Wajah sebab dia busy dan aku terlambat tanya dia (waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa)


Kak Mimi suh aku design sendirik baju kawen aku n Incik Pinky ...rasa mcm nak pakai cenggini tapi ada abit of alteration skit nanti ..




HOT PINK + SILVER??
SOFT PINK + SILVER???
(yg mana korang agak2 seswayy untuk muka mak yg gojes nih???)







Baju Yincik Pinky lak nak buat leh kurang cenggini ..dalam satin...luar nak buat songket tak penuh cenggitu...hik2










3) aku dah design pecah3 kepala untuk wedding card aku....tapi aku tak tau la org yg aku nak suh print tu dia buat ke idak... 



sebab brader aku cakap derang mintak gambar n olls n derang akan buat kan mengikut mereka..ni semua gara-gara aku tak de AI! Demmit!





Maka dengan itu kita tunggu dan lihat la nanti ye....hik2..ape2 pon aku tak kira! aku nak ada warna PINK tu jugak n aku nak try paksa derang carik/buat SAKURA FLOWER tu!

  





4) Selain wedding card aku dah print LOW BADGET 'trimas stiker' aku..tinggal nak potong..tapi aku malas nak potong



 










5) Aku dah membeli belah BUNGA SAKURA sementara stok masih ada untuk CNY ni hari tu....hahahahahha..mak aku lak leh cakap ape tau 'EH..bia je la bunga tu dalam pasu tak yah nak potong3...cantik la pulak....' - maka dengan itu terpaksa la aku pergi memborong bunga-bunga itu sekali lagi.....budget aku?? dalam RM50 je kot...see la sebab aku fikir aku nak buat BEBOLA bunga sakura untuk hiasan dalam BILIK MENGAWAN aku nanti!! hahahahahhahaha







6) Bilik belom cat sebab cat belom BELI...nak kaler ape?? PINK la...aku ni macam ada kaler lain aku minat selain PINK atau HIJAU atau ermmmmmmm ape ek???



Bilik dah kemas sikit dah... dulu kat sebelah almari tinggi tu ada satu lagi almari yg khas untuk HANDBAG dan KASUT...tapi mak aku dah suh aku REMOVE almari tu termasuk isinya.....hahahahhaa....korang jangan risau..aku dah sorok handbag ngan kasut aku yg banyak2 tu



Lepas tu pegi IKEA jumpa lampoo ni...agak2 cute tak kalau letak dalam bilik mengawan aku nanti?? Hehehehhehe.....dah macam TASKA!



Ini dia rupa bakal tempat mengawan aku....muahahahahahhahaa






dan berimpian nak jadikkannyer cenggini.........(apsal aku banyak citer pasal TEMPAT MENGAWAN nih?? gatai naaaaa..dush!!  dush!!!) 




7) Hand bouquet - aku dah fikir dengan kuat..aku nak carnation! Tapi carnation HELLO KITTY seperti di bawah....aku dah tanya...org tu kata..'amoi aaaa..biasaa aaaaa carnation aaaa kita cas aaaaa 40 aja...' - ok skang ko ckp pat puluh later2 aku pegi lagik skalik naik..siap ko...aku buat sendirik je! 











        8) Kasut??? Ermmm Kasut Nikah n Resepsi aku belom beli!! masuk kuar kedai..semua aku TAK berkenan...kecuali untuk kasut yg ni ..yg ni tak leh buat kasut penanti yunk..ko nak pegi JOGET leh la.!!! 




9) Kek Kawen??? BFF ai nak seponser....hehehehhe yeyyyyyyyyyyyyyyyyyy....kalo wat dua tingkat yg 3.0kg tu pon ok ni....muka kitty ni lapisan atas....ngeeeeeeeeeeeeeee~ trimas ye Vin!!! sayang ko!!! 







10) segala BORANG BORING semua nak uruskan masa 2 february 2010 nih.....









11) Makanan??? ayah seponser...hik3 alhamdulillah....murahlah rejeki ayahku..amin~



12) LAGI???? ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ..oh ye...segala mak bapak PLUSH Kitty aku...akan ku segarkannyer semula untuk tujuan..PELAMIN...jgn terkejut tgk pelamin aku nanti...aku punya kawen..aku punye suke! 




Muahahahhahahaha....dan aku dalam pencarian mencari PAYUNG HELLO KITTY saiz dewasa bertangkai panjang...taime nak mmg tak jumpa!! haishhhhh! 
















dah dah...tu je kot...diam3 tau...ahaks!!!  kalo ada lagik nak tambah...aku tambah la kemudian ye....babai!!!   

Friday, January 28, 2011

Thursday, January 27, 2011

:: Lagu Majlis Resepsi Ai ::

Korang dengar la sampai berdarah telinga nanti...muahahahahhahaha..harusla Anuar Zain 1st??? YESSSSSSSSSSSS .....


1)      I’m The Lucky One – Anuar Zain
2)      Tentang Kamu – Bunga Citra Lestari
3)      Aku & Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
4)      Say A Lil’ Pray – Diana King
5)      Fantasia Musim Cinta – Iwan
6)      You Look Wonderful Tonight – Eric Clapton
7)      Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu – Siti Fairuz
8)      Semakin Rindu Semakin Asyik – Amelina
9)      Kehebatan Cinta – Francesca Peter & Jamal Abdillah
10)   Seiring Sejalan – Nurul & Ajai
11)   Romantis – Spring
12)   Dealova – Once
13)   My Baby You – Marc Anthony
14)   Keabadian Cinta – Anuar Zain
15)   Manisnya Senyumanmu – Elite
16)   Tanpamu Ku Tak Bisa – Randy Pangalila
17)   Cintailah Aku Sepenuh Hati – Ari Lasso
18)   Ku bahagia – Melly Goeslow
19)   Lelaki Idaman – Melly Goeslow
20)   Jejaka Idaman – Raja Ema
21)   Flying Without Wings – Westlife
22)   LOVE – Lauryn Hill
23)   Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslow
24)   Doa Buat Kekasih – Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
25)   Bertakhta Di hati – FarahDhiya
26)   Gadisku – Search
27)   Aku Cinta Padamu – Sheila Majid
28)   Can’t Take My Eyes Off You – Frankie Valli
29)   Lelaki Ini – Anuar Zain
30)   Taj Mahal Cinta – Nubhan
31)   Kaulah Segalanya – Ruth Sahanaya
32)   Tercipta Untukku – Ungu
33)   Cinta Abadi – Black Rose
34)   There You’ll Be – Faith Hill
35)   Baby It’s True – Hello GoodBye
36)   Baby I’m Yours – Artic Monkey
37)   Lihatlah Cara Dia Memandangku – Bre
38)   Aishiteru – Teplan
39)   Yang Terindah – Dakmie
40)   Semoga Abadi – Misha Omar
41)   Atas Nama Cinta – UNIC
42)   Sempurna- Andra
43)   Ketulusan Hati- Anuar Zain
44)   Mencintaimu- Kris Dayanti
45)   Kau ilhamku- Manbai
46)   Ayat-ayat Cinta- Rossa
47)   Pandang-pandang, Jeling-jeling – SM Salim
48)   Semua Untukmu – Anuar Zain
49)   Dengarkanlah – Glenn Fredly & Amy Mastura
50)   Pasti – Ning Baizura
51)   Doa Buat Pengantin – Hawari
52)   Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
53)   Selamat Pengantin Baru – Fadzil Ahmad & S Fauziah
54)   Selamat Pengantin Baru – Fauziah Ahmad Daud
55)   Selamat Pengantin Baru – Hijjaz
56)   Selamat Pengantin Baru – Hussin Ismail
57)   Selamat Pengantin Baru – Mestica
58)   Selamat Pengantin Baru – Saloma
59)   Selamat Pengantin Baru – Suzairhe & Marina
60)   Selamat Pengantin Baru – Wann
61)   Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid
62)   Selamat Pengantin Bersanding – Jaafar Ahmad
63)   Seloka Pengantin – The Unwanted
64)   Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
65)   Sudah Kahwin Ke Belum – Ismail Haron & Anita Sarawak
66)   Sudah Kahwin Ke Belum – Saloma & Ahmad Daud
67)   Tari Bunga Rampai – Faridah Amin
68)   Ucapan Pengantin – R Ismail
69)   Zapin Adat Berkasih – Syura
70)   Zapin Pengantin Baru – Ahmadi 

Top Post