Monday, August 3, 2015

:: 8 Petua menghalau kutu beras ::




1. Bawang Putih
Bawang putih yang telah dikupas boleh membantu menghalau kutu beras. Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang disimpan, tetapi cara ini berisiko sebab bawang putih mempunyai kelembapan. So takut nanti beras tu rosak pulak lama-lama


 2. Cili Kering
Rasanya ni cara yang paling mudah. Caranya adalah masukkan cili kering ke tempat penyimpanan beras. Aroma pedas dari cili kering akan membuat kutu beras tidak tahan dan meninggalkan beras serta mencegahnya datang kembali.

3. Daun Asam Jawa
Yang ni senang tapi macam susah pulak nak dapat daun asam jawa tu kan?. CAranya sama dengan cara cili kering tadi..letakkan aje daun asam jawa ni dalam tempat simpan beras. Kutu beras tak suka bau daun asam jawa.

4. Kulit Kayu manis
Cara sama ngan cili kering dan daun asam jawa. Letak dalam tempat simpan beras. Nanti larilah kutu beras.

5. Daun Belimbing buluh
Daun belimbing buluh jugak merupakan salah satu daun yang baunya tidak digemari oleh kutu beras. Caranya masukkan daun belimbing buluh tadi dalam tempat simpan beras supaya kutu beras lari.

6. Daun Asam Keping
Daun asam keping ni lak caranya kena letak kat bahagian atas tengah n bawah tempat simpanan beras untuk efek yang lebih berkesan. Banyak jugak dedaunan yang kutu beras tak suka rupanya.


7. Jemur Di Tempat Panas
Cara ni macam renyah sikit sebab nak kena jemur beras kat bawah matahari pulak. Memang kompem kutu lari..tapi cara ni jugak akan sebabkan kutu tu datang balik bila kita dah simpan dalam bekas...tak berapa  nak tahan lama method ni.

8.  Tutup Dengan Kain Basah
Tutup tempat simpanan beras dengan kain basah. Sebabnya kutu beras sukakan kelembapan. So derang akan melepak-lepak kat kain basah tu instead of dalam beras yang disimpan.

So itu ajelah petua so far yang ai boleh kongsikan ngan korang. Buat yang mana rajin ye! Selamat mencuba!!



watermark

1 comment:

  1. suka guna kayu manis,kat gula and beras supaya tahan lama dan serangga tak datang.Alhamdullilah,beras molek jer..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post