Tuesday, February 23, 2016

:: Breastpump Review ::


Sedikit review dari ai sepanjang pengalaman menyusukan anak dari tahun 2012-2016 (on going)


 Let's go!!


Avent Manual Breastpump :




Ini adalah breastpump pertama yang ai guna. Trimas kepada mereka yang memberi hadiah untuk ai...suka sangat manual BP Avent ni..selesa. Akan tetapi kekurangannya pada ai adalah bila mengepam ia kadang-kadang 'tiris'. Dah cuba guna dan tak guna breast shield pun sama juga.

Ai pakai BP ni sekitar tahun 2012 sahaja sebabnya opis ai ada 'makhluk' yang tak faham konsep ibu terpaksa memerah dan menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ai berjaya susukan Mimi sampai 2 tahun 7 bulan.



Pureen Manual Breastpump 1

Haaaaa.....menarik ceritanya cenggane ai boleh terpakai BP yang ini. Remember KISAH INI ? Disebabkan kelahiran yang tak dijangka dan ai pun tak prepare apa. Semasa dalam NICU ai terpaksa MARMET aje pada mulanya bukan susah marmet tu, senang memang senang tapi penat tengkuk nih sebab dok tunduk aje. Last skali sepupu Incik Pinky pinjamkan pump nih. Malangnya ai rasa pump ni kurang membantu selain dari ai rasa macam tak confident bila guna pump nih. So ai guna 2 kali nampak macam tak berjaya lastly marmet la.



Pureen Manual Breastpump 2

BP Pureen yang ke dua ai cuba sewaktu dalam NICU/Pantang. Kisahnya ai kan tak leh keluar ke mana-mana dok terperuk dalam hospital time tu makanya bila Incik Pinky datang melawat ai kat spital, ai suruh la Incik Pinky carikan BP Pureen dan dia beli la BP ni harganya lebih kurang RM60 tak salah. Review ai? RUGI! sebabnya?? Baru pakai 2 kali dah patah pemegangnya. Sungguh tak tahan kualiti plastik BP Pureen yang nih! Sementara menunggu BP lain..MARMET la kembali.



Pureen Manual Breastpump 3

BP Pureen manual (nampak tak betapa ai suka BP manual? Sama macam ai suka bawak kereta manual la..hahaha). Bukan apa manual ni senang di bawa ke mana-mana.
So..Ini BP ai seterusnya selepas BP yang di atas ROSAK!
BP ni seorang kawan hadiahkan kat ai sebab dia risau ai duduk dalam hospital lama sangat. Gigih di kirimkan BP ni kat rumah member ai kat Penang nun. BP ni ok selesa tanpa breast shieldnya (ai tak suka pakai shield tu...). Saiznya agak tembam berbanding BP yang lain sebab storage bottle nya bam-bam ye. Akan tetapi masalah yang sama macam ai alami dengan BP avent ai berlaku. Tapi tak pe la asalkan ada hasil walaupun tak berapa nak meriah. Alhamdulillah. Sekiranya korang pasal BP n masa mencuci adalah di nasihatkan berlemah lembut takut ada part yang patah sebab ada bahagian yang plastinya kurus kering halus melidi. Hehehehe




Auntumz Marvel Electric Breast Pump

Breastpump yang sangat berjasa pada ai. Sekembalinya ai ke muka bumi opis, ai pun mencari la BP yang ai rasa sesuai nak bawak lepas ai rasa macam letih pulak pakai manual (faktor usia nih..hehehe). Lastly ternampak ada seseorang nak jual BP ni. Ai pun belilah. Well, BP yang bagus selain dari bunyi yang agak kuat berbanding BP snow bear atau auntumz bliss atau malish mahupun lacte.
Tapi serius sepanjang ai pakai BP ni tak pernah terbazir setitik pun kat luar/tiris. Corongnya selesa ngam-ngam aje. Suction paling kuat pun still best. Ada massage function. 
Sekali lagi malang atau ai ni terlampau ganas. Jodoh ai ngan marvel ni tak lama bila mana motornya terbakar hangit uolls! T_T so sad. Maka kembali la ai marmet dan juga manual pump.
PESANAN! Bila mencuci part auntumz marvel ni mahupun auntumz ultimate (sebab sama) sila DISASSEMBLE semua part even yang kecik2 sebab kekotoran paling hebat menyorok dan melekat kat bahagian cap hos angin tu...serius macam servis filter aircond tau kalau korang termiss cuci nanti.


p palang s : ai tengah mencari main unit marvel sekiranya ada sesapa nak let go murah2..sebab suka la pump ni kecik n ringan n good suction cuma hingaq je...heheheh kalau ada yg nak letgo email ai ek s0undl4cks@gmail.com




Spectra 3

Hasil pinjaman seorang sahabat baik ai Puan GG. Walaupun agak berat tapi ku carry jua demi cita-cita mengepam/menoreh untuk anak tercinta. Suction agak menyakitkan. Tapi oklah. So far sejak dah 2 minggu ai pakai ni ai rasa ai kena beli "filter angin" a.k.a backflow filter sebabnya ai nampak ada titis air/wap air dalam tube takut termasuk dalam motor...mampoih!!! Dari segi mencuci tak susah langsung sebab tak ada part tersembunyi macam auntumz marvel.




Walaupun susu ai dikelahiran kali ni tak berapa meriah seperti dulu-dulu tapi tetap cukup bagi bidadari minum...so itu sahaja buat masa ni sebab belum ada plan nak tambah BP even hari-hari dok usha harga terbaik. 
Nanti kalau ai menambah BP ai update post ni ok.
Bai!!!




watermark

3 comments:

  1. hehe...

    i gune autumn marvel tuu...
    mmg pon..kene perati betul2 part part dia..
    kalau tak kita tak perasan kite mengumpul kuman2...

    sampai sekarang okeh lagi BP tu...
    walaupun dah tak pam lagi..

    spectra tu gune masa kat spital..
    staff nurse bagi pinjam sementara nak tunggu BP sendiri ada..
    best jugak....

    ReplyDelete
  2. hehe..
    mungkin minggu depan la nak p jumpe doctor..
    sebab dah tak sakit tapi still ada ketulan macam membengkak..

    kalau kene operate pon takpe..
    lebih elok operate dari kita biarkan je kot..

    o..yang autumn tu ..

    hehe..still nak pakai lagi..
    takot cepiya dapat adik...
    mane nak cekau...
    lagipon itu orang hadiahkan..

    best kan autumn marvel tu..

    ReplyDelete
  3. akak penah pakai pureen breastpump 1 tuh... tu lah breastpump pertama yg ada... lps tuh akak beli spectra yg bolat tuh.... tp tak lama dpt susukan aiyan... bila tau di makin mls nk isap susu sbb masalah jantungnya... akak mengepam jgk lah tp tak sampai setahun dh benti...

    insyallah kalu di beri rezeki tingin nk susukan lebih lama lg

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post