Friday, May 27, 2016

:: Arai Helmet ::


Hobi ai bukan setakat berHello Kitty semata-mata. Ai minat kat helmet jugak..heheheehe


Arai quantum j





watermark

:: Aquaria KL a throwback ::

Ahhh. Masih lagi tak berkesempatan menulis pasal Aquaria ni. Busy me busy me.

If tak de aral i will draft something on the weekend. But rasanya kat tripadvisor ai dah review. Hurmmm..layan gambar sekeping lagi la ye. Hehehehe

Wednesday, May 25, 2016

:: Review Bayu Chalet, Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor ::



Malas nak menaip sangat sebabnya ngah packed ngan kerja ni haa sebelum puasa la katakan..meh la baca screenshot review ai kat TRIPADVISOR ai memang rajin review kat sana sebenarnya.


Ai sebenarnya dah lama aim nak duduk dalam chalet sea view kat puteri bayu ni sejak pertama kali ai jejak kaki kat puteri bayu ni dulu. Kali ni merasa jugak duduk kat sini dengan rate RM285 je. Tak mahal pun rupanya. Cuma Chalet yg ai sewa tu jauh sikit dari swimming pool & lobby. Kalau ikut jalan pantai dekat. Kalau ikut garden dalam 200 meter macamtu.

Yang best pasal chalet ni adalah dia menghadap laut bila malam korang leh dengar bunyi ombak yang mendamaikan tu. Sunset pun kat sebelah sini kat Pasir Bogak.
Chalet ni sebenarnya ada connecting room. So, kalau korang nak pegi ramai2 leh la amik chalet ni. Dalaman pun cukup luas. Katil King size and kalau korang nak bentang toto leh muat lagi 2 toto tau! N kat balkoni pun leh tidor tapi muat untuk single size mattress je la.

Pantainya adalah private beach. Korang leh bbq kat pantai tu sebab ai ada nampak set bbq kat situ. N boleh memancing jugak to all kaki pancing ye. Kalau nak bbq depan chalet pun ai rasa tak de masalah sebab lapang kawasannya.

Dalam bilik ada water heater, peti sejuk kecik, TV, cermin ada dalam 3 termasuk yg dalam bilik air. Tapi best la chalet nih!

Tu je la nak cerita pun kot..heheheh.

Jap ye nak blanje gambaq.







(ni kira kawasan depan chalet)



(menghadap laut, leh la nampak bot2 lalu lalang, org buat xtiviti air tapi pokok2 besar kat situ kalau tak de korang straight leh nampak pangkor laut)


(Dalam chalet..memang banyak cermin uolls. Bawah TV tu ada peti sejuk. Btw aircond depa punyaa sejuk la sampai berair tombol pintu sebab sejuk sangat!)


(Incik Pinky xcited dapat mandi laut padahal Mimi tengah nangis tu takut pasir)


(see..private beach, tak de orang..kitaorang je kat situ! hahahahha. Kalau korang tengok belah kanan nanti nampak la deretan chalet)




(ai rasa mimi tu propa je takut pasir, padahal selama ni ok je. ni punca nak sangat terjun kolam instead of laut la ni....)

ok habis cerita see you on our next destination.






watermark

Monday, May 9, 2016

:: Senarai Air "Hipster" Big Cup Malaysia & Review ::


1) Raintown Coffee & Yogurt

Lokasi : Depan Petronas Aulong, Taiping - Perak
              Taman Dato' Senu, Sentul - Kuala Lumpur

Harga : RM5 and up
Rasa : Just nice n kaw yang bestnya RCY ni depa ada topping whipped cream bsama kacang/choc flakes/choc rice or peanut
Rating : 4.5/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : Everyday from 11am-1800 close on Friday



2) D'Garden Coffee & Yogurt




Lokasi : Lake Garden Taiping
Harga : RM5 and up
Rasa : Super nice and kaw. I guess it is because the owner is a 'chef' kot.
Rating :4.5/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : Everyday from 11am-2200, close on Monday

3) Hijrah Coffee



Lokasi : Ong Tai Kim Gombak (depan kedai letrik, bawah jambatan)
Harga : RM5 and up
Rasa :Should I say to the moon and back. Menang kena sangat dengan halwa lidah nih.
Rating : 4/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : Should be everyday from 11am - 1800 but sometimes tak berapa konsisten. Moga lebih konsisten untuk masa akan datang sebab resepi korang sangat bagus.

4) Kopi Cup








Lokasi : tak pasti sebab beli masa hari jualan kat opis
Harga : RM5 and up
Rasa : Hurmm....bolehlah nak hilangkan dahaga sebab rasa macam ada bahan yang kurang.
Rating : 3/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : tak pasti

5) Sid. Co

Lokasi : tak pasti sebab beli masa hari jualan kat opis
Harga : RM5 and up
Rasa : Nampak lazat, tapi ada beberapa perkara yang kena titik beratkan contohnya cara bancuhan dibuat.
Rating : 3/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : tak pasti

6) Pirate Coffee Gombak



Lokasi : Plaza Idaman dekat ngan kedai aksesori kereta
Harga : RM5 and up
Rasa : Ok. Tak mengecewakan. Maaf kata harga anda antara hispter cup yg mahal ai pernah jumpa. 
Rating : 3.5/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : tak pasti..sebab tak konsisten

7) Real Cup



Lokasi : LRT Kerinchi, dekat sungai
Harga : RM5 and up
Rasa : Oklah. Kakak yg bancuh ni pun macam dah tak ada passion nak buat agaknya. Hehehehe
Rating :  3/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour :Sangat konsisten. Isnin-Jumaat dari jam 11am pai 3pm macamtu

8) Overdose (Bag)



Lokasi : Kereta bergerak, time ni beli masa derang datang LRT Kerinchi
Harga : RM5 and up
Rasa : So-so sebab dah siap2 bancuh tinggal nak letak dalam beg. Bancuhan mendap at the bottom of the 'tank' menjadikan rasa tak kaw
Rating : 2.9/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : tak pasti..

9) Kopi Bag (Bag)

Lokasi : Sebelah Pasar Besar Gombak dekat kedai Putu Bambu World
Harga : RM5 and up
Rasa : Biasa-biasa jugak. Kena pertingkatkan teknik bancuhan sukatan tak berapa nak ngam
Rating : 2.9/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : Tak konsisten langsung. Kadang2 ada kadang2 tak de

10) Big Cup Thailand

Lokasi : Sebelah Nasi Ayam Mancongkam
Harga : RM5 and up
Rasa : Ok not bad. 
Rating :3.5/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : 6pm till air habis. Setiap hari.


11) Cawan Besar

Lokasi : Bandar Baru Sentul
Harga : RM5 and up
Rasa : Ni adalah pesaing Hijrah Coffee kalau kat KL..rasanya kaw
Rating : 4.2/5
Facebook :
Instagram :
Operating hour : Isnin-Ahad dari 11am till late. Sangat konsisten kekdahnya.

watermark

Friday, May 6, 2016

:: Trimas Karl Feizal Photography ::


Sekejap je masa berlalu......Trimas ai nak ucapkan kat my close friend Karl Feizal a.k.a Karl Feizal Photography sebab jadi OP kitaorang since day one lagi..dari E-Day sampai ke Maternity Mimi. Sayang tak sempat Bidadari nak berMaternity photoshoot dah terberanak pulak. Hehehehehe

FYI, Karl Feizal dah jadi photoG ai since year 2010 lagi...kerja tangan dia memang best. Walaupun memula dulu dia ni jenis malu2 hahahaha...



Saja throwback sempena Anniversary yang ke-5! Eh my fav number!!!

Credit photo to : Karl Feizal and his co-PhotoG Rahem Aswam
Location : Casuarina Hotel, Taiping, Perak






watermark

Sunday, May 1, 2016

Selamat Hari Pekerja 2016 ::


Alang2 buat untuk kampeni....kita modified jadi lebih kurang mcm kita punya la..hahahahaha Selamat Hari Pekerja Korang!!



Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi!






watermark

Top Post