Friday, July 7, 2017

:: Bidadari kena Bisul!!! ::




Hai uolls,
Terus terang ai cakap seumur hidup ai ..ai sendiri tak pernah merasai apa tu bisul..mintak simpang la nak kena. Tapi tak sangka pulak anak ai si Bidadari tu pulak yang menjadi mangsa bisul.

Bermula dengan area cuping telinga yang kemerah-merahan waktu raya ke-4 di Sungai Petani,




 lama kelamaan tempat yang merah tu makin bengkak tak de la bawak pegi klinik sebab ingatkan kena gigit/ketit dengan nyamuk ke apa. Tapi bila kitaorang sampai KL yang bengkak tu mula nampak macam bernanah. Lekas-lekaslah ai bawak Bidadari pegi klinik.



Dah la bila sampai turn jumpa doktor si Bidadari ni leh pulak mengamuk dengan sepenuh jiwa raya meronta-ronta tak bagi chance langsung kat doktor nak tengok kondisi telinga dia. Doktor pun tengok la setakat yang di leh tengok dan doktor putuskan...BISUL!

Doktor arahkan ai pegi hospital untuk buat minor surgery sebab takut melarat dan sementara tu doktor bagi ubat demam, antibiotik dengan ubat sapu. Balik rumah ai sapukan aje cream yang doktor bagi tu. Tak lama lepas tu tiba-tiba yang nanah tadi tu PECAH!!! Keluar la macam 'nasi' tapi berlendir dengan darah tak lama lepas tu keluar pulak macam 'air' tak berenti-renti sampai ai kena gulung tisu dan selit kat dalam cuping telinga Bidadari.


Tengok tu bila nanah tu pecah berdarah kemudian keluar cecair kekuningan, mujur ai perasan sebab masa tu terlelap sekejap. Bila ai tengok dah jadi macam tu cepat-cepat serap pakai hujung tisu bagi kering.....

So kalau ikut hari, termasuk kelmarin bila kuping bisul tu gugur, dah seminggu la. Telinga masih belum recover sepenuhnya sebab masih ada kesan tapi dah tak de nanah. Moga Bidadari tak terkena lagi la bisul tu, kesian kat dia......






watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...