Monday, July 10, 2017

:: Resepi Agar-agar Buah Hello Kitty ::


Atas Permintaan anak buah dan anak-anak, ai terpaksa buat agar-agar nih.




Bahan-bahan :

1 kampit agar-agar tali
1.7 ml air
Buah campur 1 tin
Gula 1 cawan
Pewarna/Perisa untuk menambah seri

Cara :

1. Masak air sampai menggelegak
2. Masukkan agar-agar tali tadi ke dalam periuk dan kacau sampai hancur
3. Masukkan gula dan kacau
4. Masukkan pewarna/perisa sesuai dengan kehendak hati korang
5. Kalau nak best leh masukkan susu jugak. Jangan lupa kacau! ****** (optional)

Lepas masak, biarkan ia seketika tapi jangan sampai terlalu sejuk biar suam-suam je baru tuang dalam loyang. Macam ai, ai tuang dalam loyang seperti di bawah.





INGAT!!!!!
Buah korang kena masukkan bila adunan dalam loyang sejuk (bukan dah keras) sebab kalau masukkan buah masa panas-panas buah tu akan TENGGELAM!





Inilah hasilnya yg agak kurang berseni sebab ai suruh budak-budak ni hias sendiri agar-agar derang. Jadilah macam ni..


yang penting sedap di makan!
Hahahahahha



watermark

2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

First time tengok loyang hello kitty macam ni hehe .selalu bentuk bunga jer . Menarik ni . Mesti bebudak suka

Cik Tie said...

alahaii comelnya

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...