Thursday, August 31, 2017

:: Seram - Siapa sangkut dalam lif? ::





Memandangkan ramai rupanya yang suka kisah yang adik ai cerita, ai amik keputusan nak tulis semula kisah-kusah pendek yang Adik ai cerita pada ai.

Kali ni ai nak cerita pada uolls kejadian awal bulan Ogos baru-baru ni waktu adik buat OT lagipun ada sorang member bahagian maintainence mintak teman kejap sebab dia tengah nak check lif.

Masa tu dalam bilik maintainance. Tiba-tiba ada dengar bunyi orang picit loceng kecemasan lif. Kawan adik tadi kena la amik tindakan cepat sebab dibuatnya orang pengsan ke apa ke pulak nanti.



Dua tiga kali penggera bunyi. Kawan adik pun intercom la tanya siapa? Tapi tak de jawapan. Tanya lagi siapa? sekali dengar macam bunyi "krooohhh....krohhhhh" ala-ala suara Darth Vader gitu.

Kawan adik cakap jom la p tengok siapa dalam lif takut intercom pulak masalah. Sambil tu dia contact jaga sama.

Derang sampai kat tempat lif sangkut...ketuk pintu lif. Dapat balas. Jerit dari luar. Siapa kat dalam? Dengar ketuk-ketuk lagi. FYI, dalam lif tu tak de cctv pulak sebab lif blok lama.
Tanya lagi siapa dalam lif? Tak de jawapan. Kali ni ketuk-ketuk pun tak de.

Jaga sampai derang cuba bukak pintu. Tapi tak boleh. Nak dijadikan kisah ajaibnya, kemudia pintu lif terbukak. Tapi tak de orang!!! Lepas dari tu terus dengar suara menyerigai ketawa........................

Bertempiaran budak-budak ni lari termasuk jaga.
Esoknya p check lif tu memang lif tu tak rosak pun.

So...............heheheheheheheeeeeeeeeeeeeeeeee

watermark

Wednesday, August 30, 2017

:: Pelamin Indah by Mimie Romyza (Teratai Kencana) ::






watermark

Tuesday, August 29, 2017

:: Kena Sondol ::




Assalamulaikum & Hi,

Tak sangka sangat dalam keadaan jalan jem pun orang boleh langgar belakang kereta.
Mujur la anak-anak tak ada apa-apa. Dan mujur jugaklah impact kuat tapi disebabkan bawak 4wd tak berapa nak terasa cuma terasa 'gedebab'!! tertolak ke depan je kalau bawak kereta yang bukan 4wd nescaya tercampak ke depan jugak la.




Kereta si pelanggar? Teruk jugak tapi radiator tak pecah. 
Airbag dia pun tak pecah (TAK PAKAI seatbelt la tuh!!!!) - lampu pecah sepatutnya airbag jugak terkeluar.
Masa Incik Pinky p tengok keadaan kereta dia, HANDPHONE dia atas seat. Jadi teorinya adalah dia MAIN HANDPHONE masa bawak kereta!


Tengok la keadaan kereta beliau.

Menurut Sarjan dan lain-lain, beliau ni masa buat report tak berenti-renti menangis. Dari mula sampai, sampai balik dok nangis. 

Begitulah hujung minggu kitaorang berakhir.......



Monday, August 28, 2017

:: Cuti Umum Malaysia 2018::

Boleh sangat dah la korang plan cuti korang ye.....selamat bercuti!!!






Friday, August 25, 2017

:: Puasa di bulan Zulhijjah ::

Jom kita sama² berpuasa.....semoga kita dapat manafaatnya.


Thursday, August 24, 2017

:: Cerita Panda - Happy Birthday Panda Malaysia 2017!! ::


Assalamualaikum & Hi,

Wahai rakyat serata alam....nak cakap apa cakaplah, yang penting ai bangga dengan my brother yang diamanahkan untuk menjaga Panda-panda nih.

So.... buat Fu Wa (Xing-xing), Feng Yi (Liang-liang), Nuan Nuan (anak panda) ..HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Fu Wa & Feng Yi sambut birthday tang ke-11
Anak mereka sambut birthday yang ke-2


//My brother and kemanjaan-nya ..hahahaha//



//part of the team behind Panda Conservation Center//




//birthday kali ni//




//Jemput tengok ye//

:: ZZ Sup Tulang, Johor ::


Assalamualaikum & Hi

Ini lagi satu cerita makan. Lama sungguh tak ke mari rasanya dekat 3 tahun kalau tak dulu tiap=tiap bulan datang makan kat ZZ nih.

Ai ni adalah peminat no satu mee rebus tulang & ayam beserta BANDUNG SODA kat ZZ ni. Tak de sapa dapat melawannya.

Cara nak ke sini mudah sangat-sangat. Kalau korang lalu depan Hospital Sultanah Aminah, jalan terus je nanti jumpa dataran, himpit kiri, nanti belok kiri...dari jauh nampak KFC kat trafik light make sure himpit kanan. Trafik light masuk je kanan lagi...jalan terussssss je sampai jumpa kubur, then nampak terowong masuk terowong jalan terus, jumpalah ZZ sup tulang nih.



Dari zaman ai berjinak-jinak dengan ZZ mula tahun 2005 sampai sekarang tak banyak berubah termasuklah rasa kuah mee rebus dan jugak rasa air bandung sodanya.



Speechless. Tu je leh kata sebab setiap kali pergi tak pernah ketinggalan bungkus bawak balik KL confirm lebih 5 bungkus!



So korang try la pegi ye kalau korang ke Johor.







watermark

Wednesday, August 23, 2017

:: Seram - Budak Dalam Tandas ::




Assalamualaikum & Hi,
Ni nak cerita sikit bukan pengalaman ai tapi pengalaman adik ai. Dulu dia kerja posmen tapi dah berhenti sebab dapat kerja dekat salah satu institusi perubatan yang terkemuka kat Malaysia ni.

Sebenarnya kalau nak ikut banyak betul cerita pengalaman dia sejak 4 bulan dia kerja kat sana. Tapi ni cerita paling terbaru - semalam dia cerita.

"Opis" Adik berdekatan dengan bilik mayat. Kejadian semalam tu tak de la jadi kat bilik mayat tu, sebaliknya dalam tandas. Waktu dah nak Maghrib semua orang dah nak balik termasuk adik la. Sebelum balik nak la singgah tandas. Dia ngan member dia masuk tandas buat macam biasa. Sampai dalam tandas nampak sorang budak kecik tengah main paip air. Derang berdua nampak ye budak yang sama - tapi nampak bahagian belakang je la.



Rules yang derang sendiri tahu - JANGAN TEGUR! Sambil main paip sambil ketawa budak tu. Lastly derang pandang sesama sendiri, tak cakap banyak terus beredar la dari dalam tandas. Waktu nak keluar tu makin kuat pulak budak ni ketawa..apa agi jalan laju-laju la. Balik!

Kat area tu dulu kata Adik adalah wad kanak-kanak. Tapi wad sekarang dak tukar ke tempat lain. Anak siapa la tu ye agaknya. Heheheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


p palang s : Next nanti kita share cerita lain pulak ye

watermark

Tuesday, August 22, 2017

:: Wedding Preparations : DIY Guestbook ::

Assalamualaikum & Hi


Dapat tempahan buat guestbook untuk resepsi perkahwinan.
Pengantin nak simple diy...kita buat. And mereka suka!!.






Monday, August 21, 2017

:: Kacang Pool Haji - Larkin ::

Assalamualaikum & Hi,


Setelah hampir 5 tahun x merasa kacang pool haji (dulu masa ulang alik jb memang tak pernah la tinggal kacang pool haji ni). Trip ke jb kali ni memang ai x sia-siakan. Dengan penuh semangat pagi ahad tu ai ajak incik pinky singgah kacang pool haji. Jujur, tak ada resepi so far yang dapat lawan rasa kacang pool Haji ni.







Terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin, kalau sesiapa yang tak biasa dengan jalan ni mesti terlajak sebab food court terletaknya gerai kacang pool ni terlindung dek pokok. Tapi..waze kan ada!
Orang kata rezeki tu tak pernah salah alamat. Sebaik saja ai selesai makan tetibe ai nampak seorang yg macam ai kenal sedang mop lantai. Terus ai cakap kat incik pinky "eh....tuan haji ada kat sini la hari ni." - dalam hati dah excited.



"Siapa?" Balas incik pinky
"Tuan haji la..owner kacang pool. Tuuuu haa tengah mop lantai, siap p hantar order lak" - incik pinky toleh belakang
"Jap lagi nak amik gambar la ngan Tuan Haji...''
Kebetulan..tuan haji lalu tepi meja kami. Terus ai tegur. Mintak izin amik gambar. Tergelak kecil beliau.
"Saya biasa dah..hahaha" katanya

Tak sangka tuan haji ni..ramah betul orangnya. Cerita,bagi tips, sembang² macam dah lama kenal!
Sempatlah bagitahu beliau yang ai memang minat kacang pool dia. Sebab tak jumpa lagi yang boleh lawan resepi dia so far.





Haaa..kalau korang nak tahu Tuan Haji ni dah meniaga lebih 20 tahun. Dia memang suka masak dan suka menjahit.

Dan dia pesan untuk orang yang duduk kl dengan selangor dia ada cawangan dekat putrajaya. Tentang rasa? Jamgan bimbang..dijamin sama katanya.


Dah la dapat makan kacang pool dapat jumpa dan sembang dengan owner. Haaa..gumbira tau.
Rasanya? Masih lagi sama macam pertama kali ai rasa kacang pool haji ni tahun 2002 dulu.


So..korang yang pernah makan kacang pool, tapi tak pernah cuba rasa kacang pool Haji ni..silalah rasa kat Putrajaya kalau korang dekat ngan Putrajaya or kalau korang je JB, jemputlah datang ke gerai Kacang Pool Haji memang highly recommend.

Saturday, August 19, 2017

:: (Review). - The Emoji Movie

Assalamualaikum & Hi....

Kebetulan malam tadi ai ke Aeon tiba² terfikir why not ai bawak anak² ai tengok movie? Mimi memang nak sangat tengok Emoji Movie ni.

So, ai pun walked-in TGV tengok ada tayangan awal malam. So, beli tix. Mimi dah biasa tengok movie tapi ni 1st time untuk Bidadari. Dalam hati doa banyak² dia tak buat hal. Dan rata² ai tengok memang ramai kanak² even bukan "family friendly" house.

Korang jangan suprise bila korang mula tengok Emoji Movie ni sebab korang dapat satu lagi short movie tau!! Lebih kurang 10 minit short movie Hotel Transylvania. Seronok pulak tu.

Ok jom kita review sikit Emoji movie :
Verdict ai : 4/5 
1. Menghiburkan bagi kanak²
2. Kalau org dewasa jenis tak FUN dia mesti tak suka
3. Cerita dia biasa²

Ceritanya berkaitan dengan satu emoji yang boleh buat semua mimik emoji lain padahal sebagai 1 emoji dia patutnya ada 1 emosi atau mimik je.




Lepas dia buat hal masa tuan handphone hantar emoji - lain ditugaskan lain dia buat. 'bos' emoji center tu arahkan dia di delete. Tapi dia lari...so bermulalah adventure emoji yang nama 'Gene' a.k.a emoji 'MEH'.






Dia pun tak p adventure sorang² dia p ngan kawan dia 'high 5' . Derang pun p masuk macam² apps termasuk candy crush!



Tak nak citer lebih nanti tak best pulak kan?
Jadi di nak akhir² cerita ada jugak la moralnya. Kepentingan persahabatan dan tak semua yang pelik tu tak berguna.

Kalau korang nak bawak anak² p tengok p la..sebab cerita ni full of colors!
Tu je. Mmmmmuahhhh!!!





Friday, August 18, 2017

:: Live - Lebat dan ribut ::

Hujan ribut di hari Jumaat.....habisla...haih




Thursday, August 17, 2017

:: (Review) - Hotel CIQ Jalan Meldrum ::


Hotel ini mudah dicari. Terletak betul² berhadapan dengan Balai Polis Jalan Meldrum, berhampiran City Square dan juga JB Sentral.









Harganya bermula dari rm98 untuk bilik superior. Bilik selesa dan moden. Sesuai untuk mereka yang nak bermalam sekiranya korang nak berjalan ke Singapura.

Dari segi makan memang tak susah, turun je lobby ada restoran mamak dan jugak kedai runcit.
Bila malam tak la berapa sunyi tapi tak bising pun walau depan balai polis dan jalan besar. Parking memang selamat. Tak jauh dari hotel bila malam ada tukang uurut jalanan dekat kaki lima selang satu blok bangunan hotel ni.




Walking distance ke CIQ,JB Sentral, City Square dan tempat² lain.




View? Haritu ai dapat bilik mengadap jalan masuk singapura kira bila malam oklah boleh tengok trafik keluar masuk singapore.


Overall rating :
Staff : 5*
Bilik : 4*
Servis : 4*



Chances untuk ai datang balik dok hotel ni adalah tinggi. Hotel ni ada lif ye, so korang x yah naik tangga untuk p tingkat atas.


Sekian, Trimas..

Wednesday, August 16, 2017

:: Jadual Acara Sukan SEA 2017 ::


Hai korang jom kita meriahkan SEA Games 2017!
#teammalaysia

Korang leh rujuk kat sini untuk jadual acara yang berlangsung.





watermark

Tuesday, August 15, 2017

:: Ke Singapura dengan belanja bawah SGD 50!! ::

Assalamualaikum & Hai uolls! Sehat?
Kali ni jom kita cerita sikit macamana nak ke Singapura dengan kos yang minimum bawah SGD50 atau senang cerita bawah RM150!!

Ai ni jenis ke mana-mana biasanya memang akan bawak passport sebab kot tetiba terasa nak terlajak ke mana-mana senang cerita. Balik kampung Incik Pinky pun bawak passport..hahaha.

Kali ni ceritanya sebab tiba-tiba dapat panggilan ke JB - bayangkan dah berapa lama ai tak ke JB. Rindu seyy!



 Dah alang-alang sampai JB tetiba terfikir kenapa tak redah je masuk Singapore? Incik Pinky pun belum pernah sampai. Bila diajukan kata-kata tu Incik Pinky cakap ON.

Maka bermulalah sesi langgar aje border itu!

Lepas je check-in kami terus je ke CIQ a.k.a KIK a.k.a Immegresen Malaysia.

Cara nak ke sana? Pastikan korang ke JB Sentral atau City Square (CS) JB masuk dalam cari OLD TOWN WHITE COFFEE kat tingkat atas kat situ nanti korang akan nampak laluan masuk ke CIQ.

Masuk sila ke kaunter ALL PASSPORT. Sila melepasi pemeriksaan passport dan seterusnya cari laluan ke WOODLANDS.



// sorry gambo gegor //

Masuk CIQ JB turun tingkat bawah untuk tunggu bas ke checkpoint woodlands.




Naik cw2 or 170(sbs) - kedua-dua bas ini akan berhenti di Queen Street.

Kos : rm2.50/ pax kanak² bawah 7 free

Sampai Woodlands turun bas secara berlari atau jalan laju-laju adalah digalakkan.
Ingat!!!
Isi borang putih untuk masuk Singapore. Lepas tu beratur dekat lorong "all passport".
Lepas tu dah sah semua p scan barang. Jalan lagi turun ke bawah...dannn lepas turun escalator pergi kiri...sebab kalau terus je lagi tu tmpt tunggu bas express. Korang  p kiri nanti tgk atas lantai..korang akan tahu lorong bas korang. Beraturlah.

Dari sini naik bas CW2 sahaja kalau korang beli tiket cw tadilah, sebab bas ni akan bawak korang ke Queenstreet.



// suasana kat Queen Street //


Ada apa kat Queen street ni? Ni adalah tempat paling dekat untuk ke masjid, restoran Zam², Arab street dan Bugis street!





// atas : Briyani Ayam SGD 6.5
Bawah : Murtabak S'pore Ayam SGD 6 //



Dari sini kalau nak ke Merlion ada 2 cara.
1. Naik mrt ke Raffles Place yg mana korang akan berjalan kaki agak jauh ke Merlion
2. Naik bas 130 tunggu depan mrt bugis street.
Cara nak ke sini sama. Korang kena lintas jalan depan zam² ke arah satu mall yg ada fountain. Jalan depan lagi sampai jumpa Raffles hospital lepas tu lintas jalan nnt nampak parking hospital kat situ ada tmpt pejalan kaki n korang akan nampak mrt station n bus stop.



// lepas lintas jalan nanti korang nampak bangunan ni kat kiri  //


// tq to this 2 local ladies yang tunjukkan jalan ke MRT Bugis //


Tambang bas 130 ke Merlion adalah SGD1.80. Bus Singapore adalah sangat stroller friendly so, kalau naik public trasport bawak storller memang tak de masalah. Lagi satu tips kalau korang naik bas 130 ni disebabkan korang tak fimiliar jalan bolehla cakap kat drebar bus korang nak p Merlion or Fullerton Hotel. Nanti dia akan notify korang bila dah sampai.Naik bas or mana-mana public trasport kat Singapore sila siapkan duit kecil SECUKUPNYA sebab memang takkan ada duit baki!


// Jalan kaki ke Merlion, turun bas jalan depan sikit nanti nampak waterfront/nampak bangunan Singapore Sandy Bay..ikut je orang yg jalan ramai-ramai tu confirm p Merlion, korang akan jumpa Starbucks..turun bawah jambatan kat starbucks tu..kalau terlepas tgk tanda jalan mcm dalam gambar //


Bus stop derang jugak sangat lengkap dengan info, jangan bimbang kalau korang tak tahu nak ke mana. Tengok info board dan baca.

Macam ai baru-baru ni disebabkan masuk Singapore dan lewat (pukul 6pm) jadi tak dapat nak berjalan kat macam-macam tempat just target nak p Merlion sebab Incik Pinky 1st timer Singapore dia pun target nak ke Merlion je pun.



// akibat tanker asid terbalik perjalanan delay //

Re-cap sikit, lambat masuk Singapore gara-gara ada tanker asid terbalik kat highway PLUS! Pffffft!

So, lepas lepak-lepak sekejap kat Merlion, kitaorang pun plan nak balik la sebab bus last ke chekpoint adalah 2300!








// orang lain xcited tgk Merlion yang besar derang leih suka Merlion yg kecik nih //






// tertunailah hasrat Incik Pinky //



Jadi untuk kembali ke Queesn street, carilah balik bus 130. Tunggu dekat bus stop dekat dengan Esplanade. Dari Merlion jalan kaki je balik kat bus stop dekat Fullerton Hotel tapi jalan depan lagi nanti korang jumpa satu TUGU belakang sikit dari tugu tu ada bus stop. Tunggu dekat situ. Ingat BUS 130 untuk kembali ke Queen Street - bus ni akan berhenti kat Bugis street dan korang jalanlah kaki sikit balik ke stesen bas Queen street tu.


// ni la Tugu yang ai cerita tu //


Tiket bas balik ke Johore di kira dalam format SGD. Harganya SGD3.3/seorang. Budak bawak 7tahun FREE!



// ticket bus //


Prosesnya macam awal tadi, sampai checkpoint Woodlands sila masuk ke imegresen untuk check out tapi kali ni tak yah isi borang putih. Dah check out turun balik bawak ke platform tunggu bas. Tengok lantai untuk lorong bas korang ye.


Macam ai naik CW2 so nanti naiklah bas CW jugak untuk ke JB Sentral or Larkin. Ai turun JB Sentral sebab dok hotel area tu. Sampai check point JB sentral carilah kaunter Malaysian Passport (untuk yang nak self scan). Kalau bawak anak-anak sila ke kaunter biasa yang tulis "All Passport". Siap kat situ maka berakhirlah journey korang.....

Jom kita kira berapa ai habis untuk beberapa jam trip a.k.a sepatutnya DAY trip nih.

Bas to Singapore = RM2.5x2 = RM 5.00
Makan kat restoran zam-zam = SGD22.00 (rate masa pergi RM3.13/SGD) = RM 68.86
Bas ke Merlion = SGD1.40x2 = SGD2.8 = RM 8.76
Bas Merlion-Bugis = SGD1.40x2 = SGD2.8 = R M8.76
Bas ke JB Sentral = SGD3.3x2 = SGD6.6 =RM 20.65

TOTAL = RM 112.03

Hotel pulak kitaorang duduk hotel yang dekat je ngan CIQ/KIK JB sentral tu tak sampai RM100 pun hotel tu. RM98 je bawah ada mamak depan balai polis. Memang selamat! Nanti ai cerita pasal hotel ni pulak dan cerita sekembalinya ai dimuka bumi JB lepas beberapa tahun ai tinggalkan JB.

So, lepas ni kalau korang nak merasa masuk Singapore naik Bas, dipersilakan mempersiapkan diri. Penat tapi oklah!

p palang s : Kalau korang pergi secara bujang lagi jimat weyyyhhh!!!

watermark

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...