Thursday, September 7, 2017

:: Misteri - Suara Sayup Menyanyi ::



Al-kisah hari isnin 28/08/2017.
Rasanya macam dah lama rumah ai tu tak de orang cerita benda pelik-pelik terutama dari Adik (sebab dia ni jenis balik lewat tiap-tiap malam).
Sekali nak dijadikan cerita adik ipar ai malam tu tertidur kat ruang tamu. Selama ni dia nih tak tidur kat rumah ai sebabnya dia ada sewa rumah. Tetiba pulak minggu ni rajin nak tidur rumah.
Makanya dia pun tidurlah kat ruang tamu malam tu.

Kebetulan malam tu pulak semua orang tidur awal selalunya kul 0100 ada lagi yang berjaga. Dia cakap lebih kurang kul 12 lebih macam tu tetiba dia dengar orang dok nyanyi-nyanyi depan pintu rumah. Kejap sayup kejap dekat. Dia buat tak tahu je la. Dia pulak tidur dekat sofa tepi pintu. Sekali lagi dia dengar orang nyanyi - perempuan. Dia dok pikir nak tengok ke tak. Diam lagi. Dengar lagi. Dia pun pergi intai kat tingkap. Tapi tak nampak apa.

Bila baring - sekali lagi dia dengar orang nyanyi. Kali ni dia nak intai dekat pintu (pintu rumah jenis kayu+kaca). Bila intai nampaklah buai dekat garaj tau berayun....nak kata angin pokok tak goyang daun tak bergerak pulak. Dia pun cepat-cepat baring balik kat sofa. Dengar lagi nyanyian tadi. Tutup mata rapat-rapat. Buat hati kental. Tidur.

Hahahahaha.....
Bila dia cerita kat kitaorang, kitaorang tergelakkan dia.
"Lama-lama biasalah" - statment ayah ai.

Lepas tu bukaklah pelbagai cerita lama dan ayah ai cakap garaj tempat dia letak kereta tu "laluan mereka". Tanjat kejap dia. Rupanya dia ni jenis kecut perut!
Sekian.


watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...