Tuesday, December 5, 2017

:: Adab bercakap dengan suami orang! ::

Assalamualaikum & Hi!

(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. )

Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.
Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yg biasa si isteri buat....Tapi itu x bermakna,dia boleh dipijak2.

Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.




⛔Adab 1: Jaga lenggok bahasa.
Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.
⛔Adab 2: Jaga penggunaan emoticon.
 tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?
⛔️Adab 3: Usah berlebih-lebih.
Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.
Ada kala berlebih dari segi 'kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela,kemain berbunga macam orang bercinta..panggil SAYANG.... BI..BABI la....
⛔Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak.
Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang 'public figure'. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada...apa kes?dh lama hidup ke?
Saya x salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?
⛔️Adab 5: BIG NO to any kind of physical contact.
Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.
Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan 'Anggap adik / abang' dan sebagainya.
Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.
JAGA ADAB,JAGA KELAKUAN,JAGA BATASAN.
Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud 'dia tulis sebab jadi kat dia', ..jangan gitu sis..saya ni suka share pengalaman saya..umpama saya mencari pahala juga dgn menyebarkan Peringatan bersama.
I've done my part to say this out loud as a wife. It's now up to you to choose how you respond to this posting.
Open up and learn.
p palang s : wahai isteri orang, suami korang tau tak korang call/whatsapp/email/sms/bisik² dengan lelaki lain atau suami orang lain?
#RespectOtherWomen

1 comment:

  1. salam alaik
    salam singgah
    90 to 95 kawan akak semua lelaki
    so far, bercerita pun cara lelaki
    cuma bab2 lucah tu mmg tak la since diaorg pun thu akak jenis melawak bodoh boleh, lucah mmg akak tak layan
    masa muda sebelum kwin dulu pernah hentak dengan kerusi sorang junior lelaki sbb dia cakap payudara akak besar macam hooker
    (masa tu kita ni budak silat, darah panas je)
    end up bila dah kawin, cara approach guna psychology reversed.
    kadang2 ugut2 sexual harassment act dan sewaktu dgnnya
    ambil gambar tak prefer sbb akak tak suke amik gambo
    maybe jumpa celebrity, which one of his kid 1 sekolah dengan anak perempuan akak..
    so, just ambilkan gambar anak2 dgn diaorg.
    unless kalau betul kena ambil, biarlah group
    sebenarnya,
    kalau kita tak buka peluang, mmg xdenya isu.
    sbb lumrah lelaki ni sukakan peluang, apatahlagi peluang depan mata.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post