Tuesday, July 11, 2017

:: Cerita Featured In - Astro P.M Live "Obsesi Isteriku" ::


Punya la lama tak bercerita apasal tak sempat pun tak tahu la, sibuk kerja tu tak yah cakap la. Meh kita re-cap balik sikit cerita ai di panggil oleh pihak Astro untuk rancangan P.M Live.

Ai dapat panggilan waktu tu dah agak malam jugak, ai dekat kampung lagi masa tu. Terus ai cakap dengan Incik Pinky boleh tak & dia nak tak join sekali sebab pihak Astro nak interview dia sekali. Dia mula-mula macam teragak-agak sebab dia kena masuk frame sama last-last dia kata bolehla.

Akhirnya lepas Subuh kitaorang pun bertolak dari Taiping, mujurlah rancangan P.M Live akalu A.M Live tak tahu lah.

Kebetulan rancangan tu on air kul 1100 macam tu dan mujur jugaklah pihak Astro tak suruh bawak kereta kalau tak masak jugak nak setup semua.

Sebaik sahaja kitaorang sampai, register kat guard house kitaorang di jemput Illan - producer rancangan P.M Live, dia brief semua apa yang patut dibuat dan kitaorang terus ke studio.

Macam ai dah biasa depan camera, jadi tak de la nak nervous sangat, Incik Pinky la pulak dok risau tak tau nak kata apa. Tapi....alih-alih bila live dia lak over!



Tajuk yang di bincangkan adalah "Obsesi Isteriku". Pengacara Akmal & Hana yang super sporting terutama Hana habis semua dia perasan apa ai pakai bawak semua - biasala perempuan. Hahahahaha






Dalam racangan tu  kitaorang di tanya bila mula kumpul minat, apa yang ada,berapa banyak dah belanja, semua berkaitan dengan hobi ai ni la.

Mujur sesi tak lama dalam 15 minit je sebab seterusnya slot untuk Heliza & team, kemudian Yassin.

Trimas kepada pihak Astro yang sudi cover cerita ai, trimas kepada Yati, Kak Ida yang recomend ai kat pihak Astro.

Jangan lupa follow Instagram : Syahoney Kitty Shoppe & FB Syahoney Kitty Shoppe ye.








p palang s : trimas to kawan-kawan yang tengok P.M Live secara live hari berkenaan tak lupa yang tgk ulangan di malam hari. Siapa ada softcopy rancangan ni ai nak ye...Tq!!
watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...